Penyanyi dan penyampai radio, Mawi berkongsikan sudah menjadi rutin dan kebiasaan untuk meminta maaf dengan isterinya, Ekin setiap malam sebelum tidur biarpun tidak melakukan kesalahan. Memetik Utusan Online, Mawi berkata baginya itu aalah cara untuk menghargi isterinya yang setiasa bersamanya walaupun pernah berdepan sakit misteri beberapa tahun lalu.
Menurut Mawi, mengimbau kembali pada tahun 2013, dia hampir gla, muntah drh dan ingatannya terganggu. Disebabkan itu juga dia menyepi daripada industri seni selama lima tahun. “Dalam tempoh itu, memang saya tidak lagi bernyanyi. Apa yang paling menyentuh, Ekin tidak pernah tinggalkan saya. Memandangkan dia mahir ilmu perniagaan, dia buat bisnes dan saya bantu semampu boleh. Kami sama-sama bangunkan perniagaan untuk kelangsungan hidup. “Selepas keluar dari hospital dulu, ingatan saya seperti terganggu. Ekin pun saya tidak kenal. Saya ambil masa tiga bulan untuk pulihkan memori. Ekin memang sangat penyabar. Betullah dia bidadari dan pelengkap hidup saya,” katanya.
Dalam pada itu, Mawi berkata melihat kesetiaan Ekin menguatkan lagi cintanya terhadap isterinya itu serta lebih menghargainya. “Selepas saya sembuh, cinta dan sayang saya kepada isteri bertambah. Sebelum ini bukannya saya tak cinta, cuma selepas sakit dan melihat perjuangan Ekin, saya semakin menghargainya. Walau tidak melakukan apa-apa kesalahan, saya akan minta maaf kepada Ekin setiap malam. Dia juga melakukan perkara yang sama. Peristiwa lalu juga mengajarkan saya dan Ekin untuk berhati-hati. Dia juga yang siapkan bekal dan air untuk saya setiap hari sebelum bekerja,”
Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.