KEPUTUSAN penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) mahu melangsungkan pernikahan pada awal Disember depan sudah mendapat restu daripada keluarga Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair. Menurut laporan Hops.Id, ibu kepada Ashraf iaitu Dida Sinclair dikatakan telah memberi keizinan kepada Bunga untuk kembali berumah tangga bersama pilihan hatinya iaitu Tiko Aryawardhana. Dida turut menitipkan pesanan dan doa buat Bunga sebelum bergelar isteri buat kali kedua.
“Doa saya untuk Bunga agar dibimbing oleh Allah, agar tetap kuat, sehat, bahagia, dan bersyukur,” ujarnya. Sebelum ini, Bunga dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka yang pernah dikaitkan dengannya iaitu Tiko Wardhana. Bunga, 40, dan Tiko yang juga seorang duda dikatakan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 2 Disember ini di sebuah hotel di Bali, Indonesia. Perkara tersebut didedahkan oleh seorang petugas di pejabat agama dikenali sebagai Emma Fatmayani menerusi kenyataan di YouTube Indosiar.
Khabar angin juga mendakwa Bunga telah membawa Tiko untuk berkenalan bersama keluarga Ashraf ketika Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Untuk rekod, Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan. Ashraf pergi menghadap illahi pada Februari 2020 semasa tidur akibat serangan jantung. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.