Tiada masalah dengan Ernie Zakri, konsert Aina Abdul di Singapura tutp dakwaan wujud sengketa antara mereka berdua

PENGUMUMAN Ernie Zakri sebagai artis jemputan konsert A Night With Aina Abdul yang bakal berlangsung di Singapura pada 6 Januari depan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan peminat dua penyanyi berbakat besar itu. Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 30, berkata, dia memilih sahabatnya itu kerana mahu menamatkan dakwaan kononnya mereka pernah berseteru sebelum ini. Kata Aina, dia juga mahu menyerap unsur positif dalam industri hiburan selain membuktikan penyanyi wanita mampu beraksi di atas pentas sama.

“Saya rasa ini merupakan peluang terbaik cerita perbandingan antara kami ditutup. Kita perlu sikap positif dalam industri hiburan dan saya mahu buktikan tanggapan wanita tidak boleh bekerjasama adalah tidak benar,” katanya. Aina berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media hari pertama Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38) yang berlangsung di Studio 7, Glenmarie Shah Alam pada Jumaat. Dalam pada itu, Aina berkata, aura Ernie sebagai penyanyi turut membuatkan dia teruja untuk berkongsi ‘tenaga’ dalam persembahan mereka nanti.

Malah mereka sudah mula menjalani latihan dan menjanjikan persembahan bertenaga serta beremosi pada konsert itu kelak. “Saya pilih Ernie sebab saya ingin berkongsi pentas dengan penyanyi yang betul-betul boleh menyanyi dan mampu buat saya naik ‘sheikh’ dan meremang bulu roma! “Sudah agak lama saya tidak rasa aura itu bersama penyanyi wanita. Jadi saya rasa Ernie adalah pilihan terbaik, Alhamdulillah dia juga lapang pada tarikh konsert itu malah kami pun sudah mula berlatih. Apa boleh saya katakan, peminat confirm akan menangis dengar lagu nyanyian kami nanti,” jelasnya.

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila peminat kedua-dua penyanyi tersebut membanding-bandingkan kekuatan vokal mereka. Aina juga pernah menyangkal wujud sebarang masalah apabila dia sering dibandingkan dengan Ernie. Malah jelas Aina, Ernie merupakan salah seorang sahabat karibnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.