TEKA-TEKI status pelakon Atikah Suhaime akhirnya terjawab selepas dia memaklumkan sudah mengikat tali pertunangannya dengan lelaki pilihan hati pada Disember tahun lalu. Kata Atikah, 33, dia bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya seorang usahawan dikenali sebagai Datuk Lokman Teh yang akan berlangsung pada Ahad depan, 21 Januari. “Ya, saya sudah bertunang bulan lalu di Singapura. Rumah ibu saya. “InsyaAllah kami akan berkahwin pada Ahad depan,” katanya ketika ditemu bual pada Jumaat. Bersyukur hubungan mereka bakal berakhir sebagai suami isteri, Atikah turut memohon doa orang ramai supaya urusan perkahwinannya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Klik sini untuk lihat video.
“Doakan saya semoga dipermudahkan,” ujarnya lagi. Pada pagi Jumaat, Atikah berkongsi satu hantaran di Instagram memaklumkan dia kini sudah bertunang. Menerusi kapsyen, Atikah juga berkata dia sudah bersedia mendirikan rumah tangga. “Are you ready? Let’s go! Satu minggu lagi. InsyaAllah,” katanya. Atikah sebelum ini ketika ditemui media berkata Lokman mempunyai segala ciri-ciri lelaki yang diingininya. Atikah menyifatkan Lokman seorang lelaki yang bertanggungjawab dan dia berasa tenang apabila berada di sisi tunangnya itu.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.