Bagi mereka yang mengikuti perkembangan majlis perkahwinan Putera Mateen, korang pasti sedia maklum bahawa semalam telah berlangsungnya Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei yang berlangsung di Istana Nurul Iman. Rata-rata peminat pasangan diraja tersebut iaitu Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan isterinya Dayang Anisha Rosnah Adam ternyata tidak sabar-sabar melihat mereka bersanding dan mengenakan pakaian sedondon semasa majlis itu berlangsung. Usai majlis berkenaan, apa yang lebih menarik perhatian adalah Putera Mateen sendiri telah memuat naik beberapa gambar di akaun Instagram peribadinya.
Antara gambar yang dimuat naik adalah gambar persandingan dan ketika pasangan itu sedang berarak mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan. Lebih mencuit hati, di akhir posting itu, Putera Mateen juga memuat naik gambar ketika pasangan itu masih kecil. Alaaa comel sangat! Inilah yang dikatakan kalau jodoh tak ke mana.
Bersama klip video itu, Putera Mateen menyatakan ucapan terima kasih buat pengikutnya yang telah meraikan hari perkahwinannya itu. “Terima kasih kerana meraikan bersama kami pada hari istimewa kami. Ia sangat bermakna kepada kami,” tulisnya. Posting tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada warganet yang mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan berkekalan buat pasangan pengantin diraja ini. Ramai juga mengatakan jodoh Putera Mateen dan Dayang Anisha ternyata sudah terserlah sejak dari kecil lagi dan mereka sememangnya sepadan bagai pinang di belah dua.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.