Rakan seperjuangan Tyzo iaitu Shiera mengharapkan keajaiban agar bekas penyampai radio Suria FM itu kembali semula ke konti untuk mengendalikan slot Suria Petang bersamanya. Shiera atau pemilik nama Sharifah Shahirah akui ketiadaan Tyzo di slot Suria Petang merupakan satu kehilangan besar buat dirinya apatah lagi mereka berdua sudah hampir 5 tahun bekerjasama. “Siapa tahu kami digandingkan semula. Itu sahaja yang saya minta. Saya bagaikan patah sebelah sayap, tapi apakan daya. Bekerja dengan Tyzo sangat senang sebab seorang yang bijak. Ada sahaja idea, semuanya spontan dan kelakar. Tapi, masa yang sama memberi makna.
Tyzo juga seorang yang suka mendengar dan prihatin. Bukan saya sahaja selesa dengan Tyzo, ramai sukakannya. Cuma, hasrat Tyzo nak jadikan stesen radio Suria FM nombor satu tidak tercapai lagi.” Shiera akui meskipun perit untuk ditelan, tetapi dalam masa yang dia mendoakan yang terbaik buat kejayaan dan karier Tyzo. “Jujurnya, rasa seperti mimpi bila Tyzo tiada. Tyzo rakan gandingan yang menyeronokkan walaupun kami hanya bekerja empat jam dalam sehari. Sebab ke mana saya pergi orang tak tanya suami saya, tapi tanya Tyzo.”
Terdahulu, Tyzo, 57, memberitahu pengumuman penamatan kontraknya bersama Suria FM namun ramai tidak berpuas hati dengan tindakan stesen radio milik Star Media Group Berhad itu. Isu penamatan kontrak Tyzo akan dijawab dalam satu sidang media, Jumaat ini. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.