Dah tak selindung, Fathia Latiff muat naik video dengan kekasih cakap bahasa Sepanyol

TIDAK lagi berselindung, pelakon Fathia Latiff kini dilihat terbuka berkongsi momen sedang bersiar-siar bersama seorang lelaki dipercayai kekasihnya di Osaka Jepun. Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, lelaki tidak diketahui identitinya itu dilihat berbual mesra dengan aktres berkenaan menggunakan bahasa Sepanyol. Menerusi ruangan kapsyen, Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 37, turut meluahkan rasa rindu kepada jejaka berkenaan. Klik sini untuk lihat video.

“Rindu boo saya,” katanya. Perkongsian Fathia bagaimanapun menjadi bualan warganet kerana aktres itu dilihat tidak memahami perbualan yang disampaikan oleh lelaki berkenaan. Malah, rata-rata warganet meminta Fathia tidak memperdaya peminatnya di Malaysia dengan mengakui lelaki tersebut sebagai kekasihnya. Tidak hanya itu, ada juga yang mendedahkan di negara Jepun ada menyediakan perkhidmatan menyewa teman lelaki. “Mamat itu cakap panjang lebar tapi dia jawab apa khabar saja? Dia ingat orang Malaysia tak faham ke cakap Spain?

“Acah sangat, kemon lah kita orang dulu tengok Rosalinda (drama Mexcio) kot. Cuma nak beritahu dekat sana (Jepun) teman lelaki boleh sewa. Boleh teman bawa pergi jalan-jalan. Entah-entah dia sewa,” antara komen warganet. Sebelum ini, Fathia berkongsi foto lelaki berkenaan mencium pipinya. Tidak mengulas lanjut mengenai perkongsiannya itu, Fathia hanya menulis kapsyen pendek dalam bahasa Sepanyol yang membawa maksud ‘Hati’.

Dia juga berkongsi foto bersama seorang jejaka lain dengan kapsyen ‘just married’ atau sudah berkahwin sehingga menimbulkan tanda tanya warganet. Sejak minggu lalu nama Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 37, menjadi bualan hangat apabila dia kerap berkongsi luahan dan pendapat di media sosial yang mengundang kontroversi. Selain menyamakan pelakon Zahirah MacWilson sebagai pembantu rumah, dia turut ‘berperang’ dengan bekas teman baiknya iaitu Zarina Anjoulie.

Bukan itu sahaja, Fathia turut mendakwa suami kepada Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman gagal menyiapkan rumah miliknya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.