Umum lagi kita ketahui ramai yang menyangka telur mengakibatkan kolesterol tinggi dalam badan. Pengambilan telur ayam yang banyak dalam hidangan seharian sering dikaitkan dengan punca kepada masalah kesihatan. Malah ada yang menyatakan ia meningkatkan tahap kolestrol dalam badan, namun adakah segala dakwaan yang tular ini tepat. Selain merupakan sumber protein dalam makanan, bahan mentah yang mudah diperoleh ini juga mengandungi pelbagai zat dan gizi lain yang diperlukan badan.
Menjelaskan mengenainya, Dr Mazliana Mazlan berkata, disebabkan info-info yang tular itu, ramai yang salah faham tentang telur. Mengambil contoh dua pesakit yang ditemui, beliau menyatakan bahawa hidangan berasaskan telur bukanlah punca kepada tahap kolesterol yang tinggi. “Dua pesakit yang saya jumpa minggu ini membuatkan saya terpaksa kongsikan dengan orang ramai bahawa telur teramatlah bagus untuk semua.
Telur mempunyai kebaikan dan manfaat tersendiri.
Kata doktor lagi “Mereka sudah buktikan, yang telur langsung tak bersalah tinggikan bacaan kolesterol. Anda semua boleh tengok dalam gambar bacaan kolesterol… perfect! “Sedangkan dua pesakit ini makan telur setiap hari dan paling kurang empat kali seminggu,” ujarnya. Mengakui turut terkejut dengan maklumat yang diberikan itu, Dr Mazliana berkata, ia adalah hasil tabiat pemakanan pesakitnya. Malah jelas beliau, sudah lebih tiga tahun pesakitnya mengamalkan hidangan berasaskan tiga atau empat biji telur setiap pagi.
Melihatkan kebaikan dan manfaat yang ada itu, beliau menyeru supaya orang ramai mula mengamalkan pengambilan telur. “Anak-anak dan keluarga kita, jom ajar mereka makan telur juga. Ajar dari kecil, biar telur jadi menu kegemaran anak-anak dan seisi keluarga. Nak lentur buluh, kena dari rebungnya,” tambahnya lagi. Beliau turut menjelaskan lima sebab kenapa perlu mengajar anak sedari usia bayi untuk mengambil telur sebagai hidangan kerana telur merupakan makanan tinggi nutrisi yang sangat mudah untuk disediakan, Betain dalam telur bagus untuk kesihatan jantung, Choline dalam telur bagus untuk otak dan bayi dalam kandungan. Lutein dan zeaxanthin bagus untuk kesihatan mata. Telur tinggi protein dan bantu untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Sumber, mstar