Pelawak Ali Puteh menzahirkan rasa syukur apabila berjaya mengumpul wang tunai sebanyak RM75,000 bagi melunaskan tuntutan saman kepada balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Hamzah. Menurut Ali, dia berterima kasih kepada individu yang membeli koleksi barangan peribadi serta produk makanan keluarannya iaitu Sambal Petai Terangkat dan Sambal Jering Berlado. Ali, 35, mendoakan agar kebaikan yang dilakukan orang ramai itu terhadap dirinya dan keluarga akan dibalas oleh Allah SWT.
“Alhamdulillah terima kasih yang membeli barangan saya. Terima kasih mendoakan saya dan keluarga. Moga Allah membalas jasa baik anda semua. Sudah cukup RM75,000.” Di ruangan komen, rata-rata warganet turut tumpang gembira selain mendoakan agar pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan terus dimurahkan rezeki.Sebelum ini, Ali terpaksa menjual tujuh trofi kemenangannya bagi mendapatkan wang untuk melunaskan hutang kakak iparnya.
Antara trofi yang dijual termasuklah trofi program realiti Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar, Projek Komedi Warna dan beberapa lagi. Selain itu, Ali turut menjual motosikal jenis RXZ berwarna merah dan kereta Honda Accord berwarna putih miliknya. Pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada balu Abam Bocey, Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.