GARA-GARA tidak memuat naik gambar isteri kedua dikenali sebagai Fatin Umaidah Ramli di media sosial, personaliti media sosial Alif Teega dituduh sekadar mereka-reka cerita perkahwinan untuk tujuan gimik dan marketing. Mengulas mengenai perkara itu Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, berkata dia tidak memuat naik gambar isteri keduanya itu bagi menjaga hati Aisyah Hijanah. “Kita tahu kalau ‘post’ gambar tersebut akan datang datangkan memudaratkan yang lebih besar dan akan tahu keadaan akan berlaku selepas ini serta kesannya terutamanya buat Aisyah (isteri pertama) akan terasa hati.
“Mungkin nampak Aisyah macam tenang saja macam menerima tapi dia berperang dengan perasaan sendiri, perempuan akan rasa sakit sebab tu bila ada yang cakap marketing, dia akan curiga la sebab sakit perkara ini. Dalam pada itu Alif juga memberitahu hubungan kedua-dua isterinya baik-baik saja malah ada berhubung bagi mencari sepakatan dalam rumah tangga mereka. “Mereka ada berjumpa beberapa kali untuk berbincang untuk mencari kata sepakat terbaik dalam rumah tangga sebab kita tak tahu soal jodoh kerana sekarang kahwin dua jadi tak tahu selepas ini apa akan berlaku,” ujarnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.