Pelakon dan pempengaruh media sosial Norreen Iman berkongsi berita sedih apabila kehilangan bapa kandungnya, Alllahyarham Mohamed Yunus Alwi yang pergi menghadap illahi, semalam. Menerusi sebuah posting di Instagram, Norreen atau nama sebenarnya Norreen Iman Abdullah tidak memperincikan pertemuan mereka dan punca pemergian bapanya yang berusia 85 tahun itu.
“Rehatlah bapa ye, Al-Fatihah. Aku reda. Biarpun aku sedar kali pertama dapat jumpa bapak adalah kali terakhir kami bertemu. Doakan bapak ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.” Pelakon drama ‘Pelindung Seorang Puteri’ itu turut menyatakan bahawa pertemuan pertama mereka itu merupakan pertemuan yang terakhir juga. Norreen turut memberitahu dia menitipkan doa untuk berjumpa ayahnya ketika menunaikan ibadah umrah baru-baru ini. Dia juga terharu apabila doanya untuk berjumpa dengan bapa yang sudah lama tidak ditemui akhirnya dimakbulkan Tuhan.
Lama kita terpisah bapak. Tidak mengapa, inilah doa pertama yang aku pohon di depan Kaabah dan dalam Raudhah. Doa yang aku rasa paling mustahil boleh dapat sebagai anak. Syukur, Dia (Tuhan) dengar apa yang aku minta. Dia izinkan aku jumpa dengan bapak. Terima kasih Ya Allah. Kepada yang baca hantaran ini, doalah banyak-banyak pada Dia. Dia mendengar. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.