Usahawan terkenal, Noor Nabila enggan masuk campur urusan bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad dengan aktres, Amelia Christie. Memetik laporan Harian Metro, Nabila mendoakan yang terbaik buat Sharnaaz dan Amelia. Kata Nabila, dia dan anak tunggalnya, Jebat Jayden masih berkomunikasi baik dengan Amelia yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri. “Bab ‘percintaan’ Sharnaaz dan Amelia, saya tak masuk campur. Bagi saya, kalau mereka tiada jodoh, nak buat macam mana, kita tak boleh nak melawan takdir kan.
Cuma saya sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk mereka sama ada mereka bersama atau pun tidak. Sehingga hari ini kami selalu buat panggilan video atau berhubung. Saya selalu beritahu Amelia walau apapun terjadi saya dan Jayden akan sentiasa ada untuk dia. Lagipun sekarang ini, Jayden memang lebihkan Amelia. Semua hal dia nak kongsi dengan Amelia dan kami ikhlas sayangkan dia macam keluarga kami sendiri.”
Dalam pada itu, bercerita mengenai keperibadian Amelia, kakak kepada Neelofa memuji dengan cara aktres itu membawa diri dan sangat menghormati orang lain. Katanya lagi, percutian ke Jepun pada penghujung tahun lalu membuatkan dirinya lebih mengenali secara dekat serta nampak keikhlasan hati Amelia.
“Kali pertama saya bertemu dengan Amelia sekitar hujung tahun lalu. Ketika itu kami terbabit dengan sebuah penggambaran untuk satu jenama makanan. Terus terang, saya suka cara dia bawa diri dan dia sangat menghormati orang. Sejak itu kami berhubung dan pergi bercuti bersama-sama di Jepun. Masa bercuti kami jadi makin rapat sebab saya berpeluang untuk kenal dia lebih dekat. Orang kata kalau kita nak kenal orang kena pergi ‘travel’ bersama baru kenal perangai orang.
Jadi secara tak langsung saya boleh nampak keikhlasan dia, cara dia layan orang sekeliling selain pandai bawa diri hingga saya dah anggap dia macam adik sendiri.” Sebelum ini, Sharnaaz enggan mengulas lanjut mengenai status hubungannya dengan Amelia Christie selepas dikatakan sudah saling berhenti mengikuti (unfollow) di akaun media sosial. Katanya, dia tidak pernah mengiyakan hubungan percintaannya dengan Amelia kepada pihak media. Susulan kenyataan itu, Amelia bersuara dan menekankan dia menerima dengan hati terbuka dan ingin ‘move on.’
Terdahulu, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Noor Nabila pada Mac 2017, namun berpisah pada bulan Julai 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, 6. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.