Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida terkejut apabila ditanya tentang serbuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ke atas premis perniagaan ‘Salted Egg Salmon Skin’ sehingga disita. Memetik Kosmo! Online, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata, dia sendiri tidak mengetahui dan terpinga-pinga ketika ditanya mengenai perkara terbabit. Ujar Vida, kejadian tersebut berlaku ketiadaannya dan dia baru sahaja pulang dari luar negara.
“Saya tak tahu apa-apa. Saya baru bangun tidur dan baru pulang dari oversea (luar negara). Buat masa sekarang, saya kena ambil tahu apa sebenarnya yang terjadi. Saya kena baca dulu apa laporan media berhubung dakwaan yang awak maklumkan pada saya ini,” katanya. Jelasnya lagi, dia langsung tidak tahu mengenai serbuan yang dilakukan kerana tidak berada di tempat serbuan.” Vida bagaimanapun sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa seandainya diperlukan untuk soal siasat.
“Saya sedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa untuk disoal siasat. Takkan saya nak lari pula. Tapi, sekarang saya tak tahu sangat tentang serbuan yang diadakan sebab ketika kejadian, saya tiada di tempat serbuan,”katanya lagi. Sebelum ini, media melaporkan sebuah premis yang disyaki menggunakan logo tidak sah bagi produk makanan ringan ‘salted egg salmon skin’ di Kawasan Perindustrian Jelapang di Ipoh, Perak diserbu KPDN semalam.
“Ketika pemeriksaan dilakukan, premis ini sedang beroperasi dengan memproses produk ‘Salted Egg Salmon Skin’. Hasil pemeriksaan lanjut turut menemui sejumlah produk makanan ringan yang telah ditandakan dengan logo halal dan seorang wanita tempatan yang disyaki pengurus premis turut hadir bagi membantu pemeriksaan. Semakan awal mendapati logo halal ini digunakan untuk tujuan perdagangan secara tidak sah dan pengurus premis gagal mengemukakan sebarang perakuan halal yang diperakukan apabila diminta KPDN.
“Sehubungan itu, satu tindakan kes diambil dengan menyita kesemua produk yang disyaki menggunakan logo halal tidak sah, balang plastik yang tertera logo halal dan dokumen perniagaan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perihal Dagangan 2011,”ujar Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail. Difahamkan, nilai sitaan yang diperoleh ketika operasi tersebut itu mencecah hampir RM90,000 dan ia hasil daripada maklumat awam dan risikan daripada pihak KPDN berhubung aktiviti tersebut.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.