Double chin memang menjadi masalah utama kaum wanita. Double chin atau dagu berlipat menjadi ‘musuh’ bagi segelinir wanita kerana ia mampu mencacatkan penampilan apatah lagi lipatan kulit di antara dagu dan leher jelas kelihatan! Sebenarnya kemunculan double chin disebabkan oleh lemak tertumpu dipanggil submental di bawah dagu. Ia sering dikaitkan dengan penambahan berat badan meskipun faktor penuaan juga boleh menjadi faktor dagu berlipat. Meskipun ia mengganggu penampilan dan keyakinan diri seorang wanita, mujur ia boleh ‘disorok’ dengan beberapa teknik solekan ini.
Fokus pada garisan rahang
Ketika bersolek, wanita boleh mencipta ilusi agar dagu berlipat tidak jelas kelihatan. Caranya adalah dengan membuat kontur wajah di bawah dagu dengan menghasilkan bentuk segi tiga di kedua-dua sisi wajah untuk mencipta bayangan halus dengan menggunakan bedak.
Tekstur dan formula yang tepat
Wanita disarankan untuk memilih bronzer bertekstur matte atau contour stick supaya sapuannya nampak lebih kemas pada wajah dan tidak berkilat. Foundation stick dengan tona lebih gelap juga membantu menyamarkan double chin kerana ia mudah membentuk garisan untuk menyorokkan bahagian dagu berbanding menggunakan span.
Fokus pada bibir
Bagi membuatkan orang lain tidak memfokuskan kepada bahagian dagu dan leher, beri tumpuan kepada bibir dengan menggunakan warna lebih berani dan cerah seperti merah. Atau guna lip gloss bagi menyerlahkan bibir anda agar berkilat dan menjadi perhatian dan bukannya dagu atau leher anda.
Pembayang mata dan pipi
Jika teknik menyorokkan dagu dan leher tidak berjaya, beri juga tumpuan kepada penggunaan pembayang mata dan pipi yang sebenarnya boleh menjadi tumpuan kepada solekan anda. Namun, jangan tonjolkan secara berlebihan kerana anda pasti tidak mahu dipanggil badut oleh rakan sekerja. Tonjolkan garisan leher, teknik terakhir adalah dengan menonjolkan garisan leher, tulang selangka dengan menggunakan highlighter. Cara ini membantu wanita dengan masalah double chin untuk menyembunyikan masalah itu agar nampak lebih semula jadi. Sumber, mstar