Datuk A. Aida menyatakan dia sudah masukkan nama pelakon genit Ruhainies dalam senarai hitam (blacklist) bagi membintangi mana-mana drama terbitannya. Tegas pengarah dan penerbit itu, dia enggan lagi bekerjasama dengan aktres berkenaan susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan rakan pelakon, Aliff Aziz pada Jumaat lalu. A. Aida berkata dia tidak mahu isu hangat tersebut mendatangkan kesan kepada karya terbitan syarikat miliknya.
“Saya tidak mahu ambil dia berlakon lagi. Apabila isu ini berlaku, saya tahu ia akan menjejaskan drama atau telefilem terbitan saya,” ujarnya. Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa kesal apabila artis kesayangannya itu mencetuskan kontroversi seperti yang sedang hangat menjadi bualan. Dia juga sebak apabila mengenangkan nasib seseorang selebriti kerana ditimpa ujian yang tidak putus-putus. “Yang paling ku geram, artis yang seekor (Ruhainies) tu tak ada orang lain ke nak mengurat.
Maaf, artis yang pernah menjadi kesayanganku tidak akan ada peluang lagi untukmu,” tegasnya dalam sebuah hantaran di Instagram, hari ini. Kongsi A. Aida, Ruhainies sepatutnya bakal memulakan penggambaran sebuah telefilem berjudul Elham Untuk Nian pada April. Bagaimanapun, dia bersama pasukan telah bersetuju untuk mencari pelakon wanita lain bagi menggantikan watak utama telefilem tersebut. “Kita berbincang dan sudah tetapkan tarikh. Cuma belum tandatangan kontrak sahaja. Kalau sudah tandatangan pun, saya penerbit berhak untuk membuang namanya.
Bagi saya, isu yang berlaku ini serius dan dia terpaksa akur namanya tidak lagi terlibat dalam telefilem itu nanti,” katanya. Bukan sahaja Ruhainies, malah mana-mana selebriti sahaja akan masuk dalam senarai hitam bagi membintangi sebarang karya terbitan syarikatnya. Baginya, tindakan tersebut merupakan pengajaran buat anak seni di luar sana agar tidak terlibat dengan kontroversi yang mencemarkan nama baik industri. Sementara itu, penerbit berusia 53 tahun berkata tindakan tersebut juga dibuat bagi menjaga hubungan baik dengan isteri Aliff Aziz iaitu Bella Astillah.
“Saya pun baik dengan Bella. Jadi, rasanya tidak elok saya ambil Ruhainies berlakon kerana isu ini berlaku melibatkan mereka semua,” maklumnya. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.