PENYANYIÂ dan penyampai radio Haiza ralat tidak dapat menunaikan hasrat terakhir Allahyarham Jaafar Onn memiliki sebuah kerusi urut bagi kegunaan di rumah. Haiza atau Rohaizah Nordin, 44, berkata, dia dan beberapa rakan sebelum ini sudah mengumpul wang bagi membeli alatan itu namun akhirnya membuat keputusan memberi sumbangan wang tunai kepada Jaafar. “Kami rakan-rakan yang rapat sentiasa bantu Papa (panggilan Jaafar). Arwah sebelum ini pernah minta kerusi urut dan kami yang rapat dengannya ada kumpul duit nak beli.
“Tapi bila difikirkan mungkin tak sesuai sebab kakinya bengkak. Jadi kami serah wang tunai sebab mungkin lebih penting dalam membantu urusan hariannya. Ralat juga tak dapat tunaikan hajat arwah nak kerusi urut,” katanya. Jaafar disahkan pergi menghadap illahi pada pukul 11.32 pagi Rabu di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor. Arwah menghembuskan nafas terakhir akibat serngan jantung ketika melakukan prosedur endoskopi di hospital berkenaan.
Prosedur itu dilakukan bagi mencari punca Jaafar mengalami pendrhn yang teruk setiap kali membuang air besar. Berkongsi keperibadian arwah, Haiza menyifatkan Jaafar sebagai seorang rakan yang pemurah dan sentiasa bersedekah membantu golongan memerlukan. “Kalau ikut dia pergi show, wang yang diperoleh akan dibahagi sama rata. Saya kenal arwah sejak berusia 16 tahun dan dia selalu kongsi rezeki.
“Saya anggap arwah macam guru dalam bidang pengacaraan. Saya selalu ingat pesannya supaya menyebut nama-nama artis yang hadir dalam sesebuah majlis. Itu saya amalkan sampai sekarang,” ujarnya. Sementara itu, penyanyi Datin Salwa Abdul Rahman juga bersetuju dengan sikap pemurah Jaafar sepanjang perkenalan mereka dalam dunia seni. Kali terakhir Salwa bertemu Jaafar adalah pada Sabtu lalu ketika mereka sama-sama dijemput mengadakan persembahan di Shah Alam.
“Sabtu lalu saya sudah dapat rasakan mungkin ini kali terakhir buat persembahan bersama. Arwah nampak berbeza ketika itu. Selalu dia banyak cakap tetapi tidak ketika itu. Rasanya setiap tahun menjelang Ramadan dan Syawal arwah akan luangkan masa untuk menyantuni anak-anak yatim. Dia tidak pernah kedekut dan sering masak untuk saya,” kongsinya. Jnzh Allahyarham akan dibawa pulang ke kampung halamannya untuk disemadikan di Muar, Johor.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.