Baru-baru ini pelakon sensasi Fathia Latiff mengulas mengenai kontroversi panas terpalit Aliff Aziz yang ditangkap khlwt dengan aktres Ruhainies sebelum Ramadan. Menerusi perkongsian di TikTok, Fathia berkata cinta lokasi adalah perkara normal buat pengginat seni kerana terlalu mendalami watak dan ianya berlaku tanpa sengaja. “Saya nak buka cerita sikit pasal Bella Astillah, Ruhainies dan Aliff Aziz. Benda ini normal dalam industri hiburan sebab mereka terlampau menghayati watak.
Apabila ‘termasuk’ dalam watak yang digalas, itu yang akan membuatkan mereka jatuh cinta namun perasaan tersebut berlaku tanpa sengaja atau tiada niat,” katanya. Sementara itu, Fathia menegaskan dia tidak menyokong perbuatan menjalin hubungan di set penggambaran tetapi dia hanya berkongsikan kisah benar. “Saya tak cakap apa yang mereka buat itu betul. Memang dari segi undang-undang salah, dari segi agama pun salah. Saya rasa Bella tertekan dan menangis disebabkan netizen. Saya juga rasa dia faham situasi dilalui Aliff, dia okey sebenarnya. Alhamdulillah, saya tengok Bella pun sekarang dah dapat banyak rezeki,” katanya.
Fathia turut meminta supaya berhenti mengecam Ruhainies serta menyamakan dengan situasi berlaku pada Aliff dan Ruhainies tidak jauh beza dengan apa terjadi pada dirinya. “Walaupun kita tengok Ruhainies tersenyum, jangan kutuk dia kerana macam kes saya dulu pernah juga bercinta dalam set,” katanya. Dalam pada itu, Fathia turut mengingatkan mereka yang bekerja dalam bidang seni atau sebagai pelakon perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan serta kena kuat dari segi mental.
“Kalau kau dan suami pelakon, kau kena tahan. Suami kau pelakon, kau kena tahan mental dan fizikal sebab kebarangkalian untuk jatuh cinta di lokasi itu sangat tinggi. Sampai tahap boleh tinggalkan isteri, jadi kita kena profesional. Cuma, ramai pelakon Malaysia hebat yang terlampau ‘in character’ tapi saya tak boleh. Saya jenis kuat cemburu, saya ada pengalaman buruk seseorang yang saya cinta buat hal apabila terjebak cinta lokasi,” katanya.
Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.