Di aplikasi X, ahli politik Syed Saddiq memberi kata-kata semangat buat Bella Astillah selepas kembali ditimpa dugaan rumah tangga baru-baru ini. Syed Saddiq atau nama sebenarnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berharap Bella akan menemui ketenangan yang dicari. Dia juga berterima kasih kepada Bella kerana sudi datang beraya di rumahnya. “Terus kuat Bella, kesabaran akan membawa ketenangan. Terima kasih sudi datang rumah beraya dengan keluarga.
Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata warganet sempat mengusik Syed Saddiq. Ujar warganet mereka berdua kelihatan sepadan dan sesuai menjadi pasangan. Terdahulu, kemelut rumah tangga Bella dan suaminya penyanyi Aliff Aziz masih berlangsung apabila Aliff enggan menceraikannya. Ia tercetus selepas suaminya dan pelakon Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama pelakon, Ruhainies pada 9 Mac lalu.
Bella kemudian memfailkan permohonan pisah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Mahkamah menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP). Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.