Anak usahawan sensasi yang juga pempengaruh, Cik B Cik B syukur terima duit raya daripada pengikut media sosialnya. Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata, dia tidak menyangka menerima banyak sangat duit raya sebaik sahaja berkongsi kod QR di Instagram. Remaja berusia 18 tahun itu berkata, dia terharu apabila ramai dalam kalangan peminat tidak henti mengirimkan duit raya kepadanya.
Dalam hantaran di Instagram Story, anak kepada usahawan Datuk Seri Vida meletakkan kod QR bagi memudahkan orang ramai memberi duit raya kepadanya. “Tak mungkin, kamu semua sebenarnya nak bagi Cik B duit raya. Jom tengok Cik B dapat duit raya berapa tahun ni,” tulisnya ringkas. Apa yang membuatkan pempengaruh itu terkejut adalah kod QR yang dikongsikan di Instagram Story ‘rosak’ kerana menerima banyak sangat transaksi daripada orang luar.
“Korang nak tahu tak? Kod QR Cik B rosak sebab korang bagi Cik B banyak sangat duit raya. Thank you so much guys! Cik B dapat banyak sangat duit raya. I really appreciate you guys so much. I love you guys! Thank you for the duit raya. I love you guys, selamat hari raya,” katanya dengan nada gembira.
Dalam hantaran berikutnya, dia turut berkongsi dan tidak menyangka ada individu memberi duit raya kepadanya sebanyak RM5,000. Sebelum ini, Cik B meluahkan rasa kecewa kerana tiada mana-mana saudara atau kenalan memberinya duit raya pada perayaan Aidilfitri tahun ini. Jelas Cik B, kebanyakan saudara-mara enggan memberinya duit raya kerana kekayaan yang dimiliki oleh ibunya.
Dia bagaimanapun menidakkan bahawa dirinya hanya menginginkan duit raya dalam jumlah yang besar, sebaliknya mahu merasai kemeriahan Aidilfitri seperti orang lain. Ujarnya, dia hanya mahu merasakan feel bersalam dengan orang yang lebih tua dan menerima duit kerana dia belum pernah merasakan sebelum ini.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.