Menjadi kebiasaan setiap kali hari raya Aidilfitri, kebanyakan tuan rumah akan membuat majlis rumah terbuka dan menjemput keluarga, kenalan dan orang terdekat. Selalunya jamuan ini akan dibuat beberapa hari selepas hari raya Aidilfitri. Menerusi hantaran video oleh @muaandgroomingmelaka di TikTok, dia menunjukkan suasana majlis rumah terbuka yang diadakan pada waktu malam di rumahnya. Mungkin dia sudah menjemput dan menjangkakan ramai tetamu yang akan hadir, jadi dia telah memasang khemah di hadapan rumah serta disediakan beberapa set kerusi dan meja. Klik sini untuk lihat video.
Bagi menjamu mereka yang akan hadir, dia juga telah menyediakan pelbagai juadah hari raya seperti nasi himpit, sate, bihun goreng dan lain-lain. Namun, jangkaannya meleset selepas melihat hanya ada beberapa orang sahaja yang datang ke majlis rumah terbuka tersebut. “Open house tema “Orang Tak Datang”. Di ruangan kapsyen, dia meluahkan rasa terkilan tetapi berterima kasih kepada semua tetamu yang hadir walaupun tidak ramai. Dapat dilihat dalam video juga, ada beberapa juadah yang tidak terusik menandakan tidak ramai tetamu yang hadir.
“Sementara ada masa terluang cuti kite buat. Tapi ramai tak datang. tapi ada lah 2 3 kerat. Terima kasih pada yang hadir walaupun tak ramai. Lauk banyak lagi ni.” Bagaimanapun, ruangan komen dalam hantaran tersebut telah pun ditutup oleh pemilik video.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.