Usahawan dan pempengaruh media sosial iaitu Khairul Aming dikhabarkan telah pun berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah pada Selasa. Berita gembira itu dikongsikan sendiri rakan baik kepada Khairul yang juga merupakan pempengaruh terkenal, Azfar Heri. Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG), Azfar yang menemani Khairul dilihat berpelukan dengan rakannya itu di lapangan terbang. Klik sini untuk lihat video.
Azfar juga mendoakan agar Khairul memperoleh umrah yang mabrur sepanjang berada di sana. Namun, pemilik jenama ‘Dendeng Nyet Berapi’ itu menjadi perhatian apabila mengenakan ‘outfit’ yang bersahaja ketika mahu berangkat ke Makkah. Penampilannya itu meraih perhatian dan pujian wargamaya yang beranggapan Khairul merupakan seorang yang merendah diri meskipun bergelar jutawan.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.