PELAKON Amir Ahnaf mengakui mengenali dan pertama kali bertemu kekasih gelap kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine semasa menghadiri sebuah acara di Singapura. Amir atau Muhammad Amir Ahnad Mohd Khairudin, 24, bagaimanapun berkata hubungannya hanya sekadar kawan dan mereka tidak pernah berhubung selepas pertemuan itu. “Sebenarnya saya kenal dia. Ketika itu saya berada di CelebFest selama tiga hari. Kebetulan gerai saya sebelah gerai Anna Jobling dan seperti kita tahu Sarah berkawan dengan Anna.
Saya selalu lepak di belakang gerai untuk makan dan mereka ada di sebelah, jadi kami lepak bersama. Dia (Sarah) banyak tolong angkat barang dan dia orang yang baik. Kami tidak lagi berhubung tetapi Sarah seorang yang baik, selalu tolong kami (Amir dan Anna). Dia jaga kami macam ‘bodyguard’, tolong (beri laluan) sebab Amir dan Anna nak lalu,” katanya. Dalam masa sama, Amir juga menafikan satu pendedahan tangkap layar yang menyatakan Anna mempunyai percubaan mahu menjadikannya teman lelaki.
“Tidak ada apa-apa percubaan. Selepas apa yang berlaku terhadap Anna, kami masuk dalam set penggambaran. Saya tahu yang dia single dan saya pun single, dan saya cakaplah yang kalau boleh saya tidak mahu ada apa-apa dengan dia. Sebab saya tidak mahu apa-apa jadi pada masa hadapan. Jadi, lebih baik kita menjadi kawan,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, Amir merupakan salah seorang pelakon dalam filem bergenre seram berjudul Terkutuk yang merupakan kerjasama dengan produksi Indonesia dan bakal ditayangkan sekitar Jun 2024.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.