Usahawan makanan, Kieda Crepe jual baju jenama sendiri pula selepas perniagaan makanan dengan tagline ‘support vendor’ meraih perhatian ramai. Dia yang tampil dengan perniagaan baju membuatkan ramai terkejut memandangkan menggunakan jenama dari namanya sendiri ‘Kieda Crepe’. Susulan daripada itu, ramai yang keliru dengan tindakan Kieda mengeluarkan merchandise jenama yang sinonim dengan kedai makanan pencuci mulut miliknya.
Ada juga yang bertanya jika membeli baju tersebut, adakah hanya sesuai untuk pakai ke kedai usahawan itu ataupun dia menjualnya semata-mata untuk para pekerja di kedainya sahaja. Dalam pada itu, ada juga yang mempersoalkan tentang harga merchandise yang dikeluarkan oleh Kieda kerana agak mahal dan setara dengan harga di butik-butik di pusat beli belah. Susulan daripada itu, pelbagai respon diterima daripada warganet selepas video sewaktu dia membuat siaran langsung mempromosikan baju-baju keluaran jenamanya dikongsikan semula ke platfrom X milik twtbiy.
Ada di antara mereka bertanya kembali kepada pemilik nama sebenar, Nur Khalieda Yusra mengapa tidak menjual sahaja produk yang berkaitan dengan perniagaan makanannya seperti bekas menyimpan makanan ataupun mesin kecil bagi memantau tahap gula dalam badan. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.