Usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida atau DSV kecewa disamakan dengan pocong susulan mengikut trend bersolek ‘Asoka’ yang sedang viral di platfrom TikTok. Dalam perkongsian yang dibuat DSV, dia menyatakan proses pembikinan video terbabit memakan masa sehingga setengah hari apabila perlu bersolek dan melakukan beberapa pergerakan mengikut trend tersebut. Klik sini untuk lihat video.
“Ingat senang ke nak buat kena gigih korban masa tenanga kakak. Last-last macam pocong. Apooo,” tulisnya. Luahan yang dibuat oleh ibu kepada pempengaruh, Cik B itu susulan tindakan pengarah tersohor, Michael Ang yang berseloroh dengan menyamakan solekan yang dibuat DSV sama seperti pocong.
Difahamkan, video trend Asoka yang dikongsikan oleh usahawan tersebut telah mencecah lebih tujuh juta penonton di platform TikTok selepas dua hari muat naik. Walau ramai tahu mereka berdua sememangnya bersahabat baik, namun rata-rata bersetuju dengan komen Michael Ang tersebut dan meninggalkan komen berseloroh mengatakan apa yang ada difikiran pengarah tersebut sama seperti mereka. Mereka juga memuji Michael sebagai sahabat terbaik kerana berkata jujur walaupun ia kadang kala menyakitkan hati. Apa-apa pun, trend asoka yang dibuat DSV nampak begitu smooth dan menarik untuk ditonton.
Sekadar info, video solekan mengikut trend Asoka yang sedang meledak di platform media sosial telah menggunakan lagu San Sananana dari ost filem Asoka yang ditayangkan pada tahun 2001. Filem Hindustan tersebut telah dibintangi oleh aktor popular, Datuk Shah Rukh Khan, Kareena Kapoor, Hrishita Bhatt dan ramai lagi. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.