Fasiliti perubatan di Malaysia ini antara yang perkara yang boleh dibanggakan memandangkan kos rawatan di fasiliti kerajaan sangat minimal. Namun, tidak dapat dinafikan oleh kerana terlalu ramai yang menggunakan fasiliti itu servis atau perkhidmatannya boleh memakan masa. Terbaru, tular satu gambar di sebuah hospital kerajaan dipercayai terletak di Kedah yang memaparkan tulisan permohonan maaf yang ditulis di atas sebuah papan putih.
Dalam keluhan itu, difahamkan hospital tersebut mempunyai masalah kekurang doktor dan pesakit yang berada di situ terpaksa menunggu sehingga 5 jam. “Selamat pagi, minta maaf. Kami menghadapi kekurangan doktor, masa menunggu doktor mungkin sampai lima jam. Doktor kami kerja sampai naik pengsan dan sakit masih kerja. Ada (doktor) yang sudah letak jawatan, pergi (hospital) swasta. Kami ingin berkhidmat untuk rakyat, tetapi kami juga manusia, boleh penat dan sakit. Harap tuan dan puan faham. Minta maaf,” tulisnya di papan putih itu.
Hantaran itu menjadi perhatian di media sosial namun menurut laporan Harian Metro, masih belum ada maklum balas daripada Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai perkara berkenaan selain langkah akan diambil bagi membantu kakitangan perubatan. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.