Nama dikaitkan dengan beberapa kejadian yang jadi baru baru ni, tak boleh berdiam TMJ tampil menjawab tuduhan

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau TMJ jawab tuduhan tak berasas selepas baginda dikaitkan dengan beberapa kes jnyh yang berlaku baru-baru ini. Menerusi satu perkongsian di InstaStory, TMJ menegaskan beberapa kes jenayah itu tiada kaitan dengan beliau atau organisasi bola sepak seperti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Antara kes yang dikaitkan dengan baginda adalah kes pemain bola Akhyar Rashid disamun, kes Faisal Halim disimbah asid, kes kereta Safiq Rahim dipecah dan kes atlet kayak Siti Nur Masyitah Elias dilnggr. Selain itu, TMJ turut dikaitkan dengan penangkapan seorang lelaki yang memiliki bom di Bagan Serai, Perak dan Balai Polis Ulu Tiram yang diserang lelaki bertopeng sehingga menyebabkan dua anggota ditembak pada Jumaat.

Menurut baginda, beberapa individu mendakwa kes-kes jnyh ini sebenarnya mempunyai penglibatan daripada TMJ sendiri, FAM, MFL dan juga pihak polis. Namun begitu, TMJ yang juga merupakan pemilik kepada Johor Darul Ta’zim menegaskan semua pihak yang disebut sama sekali tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kes-kes jnyh itu.

“Semua kes ini tiada kaitan dengan bola sepak, berlaku di luar kawasan stadium dan luar kawasan bola sepak. Tetapi mari kita beramai-ramai buat solidariti ‘stop violance in football’. #inisemuasalahtmj,” ujarnya sambil menyindir.

Terdahulu, nama TMJ mula disebut-sebut selepas Faisal diserang menggunakan asid dan ada pihak yang mendakwa insiden itu telah diarahkan oleh baginda sendiri. Disebabkan itu, ramai yang mula mengaitkan TMJ dengan kes-kes jenayah yang berlaku baru-baru ini disebabkan baginda memilih untuk mendiamkan diri.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.