Ramai pihak kurang setuju dengan konten Isa Isarb yang terbaru susulan tularnya beberapa rakaman video memperlihatkan lelaki dan wanita bukan mahram tinggal sekali di dalam satu rumah. Difahamkan, konten yang dipanggil Hero Teladan itu telah menempatkan lelaki dan perempuan tinggal serumah termasuklah tidur berhampiran dengan hanya dihadang dengan dinding sahaja. Dalam posting yang dibuat di paltform X, ada yang mempersoalkan bagaimana peserta perempuan di dalam konten tersebut selesa tidur dikelilingi lelaki walaupun dihadang dengan dinding serta ada kamera litar tertutup (CCTV).
Difahamkan, selama 77 hari mereka akan menjalani aktiviti dan tinggal bersama di rumah tersebut. Isa Isarb turut berkongsi video menjelaskan tempat tidur mereka sebelum konten tersebut dimulakan. Difahamkan, konten berbentuk challenge tersebut akan ada penyingkiran setiap episod dan kedudukan para peserta dibuat oleh undian penonton. Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada warganet yang tidak bersetuju dengan konten berkenaan.
Mana tidaknya, para peserta yang terdiri dari lelaki dan perempuan itu tinggal bersama dalam satu rumah tanpa sebarang ikatan. Menerusi video yang dikongsi juga dapat dilihat yang mereka sakan menari mengikut muzik yang dipasang walaupun ada diantara mereka memakai kopiah serta yang perempuan litup bertudung.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.