ARENA bola sepak tempatan ‘panas’ sejak beberapa minggu lalu ekoran insiden-insiden yang menimpa beberapa pemain. Terbaharu, pemain bola Selangor FC, Khuzaimi Piee turut menjadi sasaran apabila kediamannya dipecah masuk pada Rabu malam. Pemain berusia 30 tahun itu membuat laporan di IPD Shah Alam, kira-kira 11.30 malam Rabu. Menurut keterangan dalam laporan itu, Khuzaimi tinggalkan rumahnya kira-kira pukul 2 petang untuk menjalani latihan bola sepak.
“Lebih kurang 9 malam semasa saya sampai di rumah, saya dapati pintu pagar depan dan belakang terbuka. Saya buat pemeriksaan di dalam rumah, dapati ada barang-barang yang hilang. Antaranya ialah sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR berwarna biru,” ujarnya. Antara lain yang turut hilang adalah empat buah beg silang pelbagai jenama serta pasport. Tambah Khuzaimi, dia masih belum pasti akan jumlah kerugian yang dialaminya.
Menerusi hantaran di Instagram Story, bek tengah Selangor FC itu turut berkongsi foto keadaan di dalam rumahnya yang berselerak akibat dipecah masuk. Untuk rekod, pemain Terengganu FC Akhyar Rashid cedera apabila dia diserang dan dirompak pada 3 Mei lalu. Dua hari kemudian, pemain Selangor, Faisal Halim turut cedera apabila dia disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Damansara.
Pada 8 Mei pula, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim menjadi sasaran apabila keretanya diserang dua lelaki berdekatan Pusat Latihan JDT. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.