Tidak dapat dinafikan, ramai penonton bengang dengan watak doktor Omar dalam drama Aku Bukan Ustazah yang dilakonkan oleh aktor Zahiril Adzim. Pelakon yang berusia 40 tahun itu terpaksa ‘menelan’ berbakul-bakul cacian disebabkan keberkesanan melakonkan watak Dr. Omar dalam drama tersebut. Terbaharu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pelawak Fad Bocey di laman TikToknya, dia menjadi wakil penonton untuk membalas dendam sikap kejam Dr Omar terhadap Aminah (Erysha Emyra).
Dalam perkongsian tersebut, kelihatan Zahiril yang sedang memainkan watak Dr Omar memberi amaran keras kepada Aminah supaya tidak keluar daripada rumah menerusi panggilan telefon. Bagaimanapun, Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam yang berjaya membuat Dr Omar bercakap baik dengan Aminah telah hiburkan warganet. “Rezeki aku dapat jumpa mamat ni, gerammm aku matttt,” ujar Fad.
Meskipun situasi tersebut hanya gurauan semata-mata, namun penonton drama Aku Bukan Ustazah menzahirkan ucapan terima kasih kepada Fad kerana mewakilkan mereka memarahi Dr Omar.
Dalam pada itu, ramai terhibur melihat lakonan dan gelagat Zahiril dan Fad malah, warganet sanggup memainkan video tersebut berulang kali untuk memuaskan hati mereka. Selain Zahiril, drama ini diterajui oleh barisan pelakon popular tanah air iaitu Erysha Emyra (Aminah), MK K-Clique (Adam), Haneesya Hanee (Sally), Shaza Bae (Sam) dan ramai lagi.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.