KES pembnhn kanak-kanam autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin pada Disember tahun lalu kembali diperkatakan apabila ibu bapanya ditahan polis. Pasangan berkenaan ditahan di Puncak Alam, kira-kira 11 pagi Jumaat. Penahanan pasangan itu disahkan sendiri Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan. Dua individu itu dijangka direman pada Sabtu.
Namun sehingga kini tiada butiran lanjut dimaklumkan tentang penahanan itu. Perkembangan terbaharu kes itu turut menjadi topik perbualan di media sosial apabila ia disebut sebagai ‘plot twist’ yang mengejutkan ramai. “Jauh di sudut hati aku berharap ibu bapa arwah tak terlibat sekali. “Weh apa ni? Plot twist ke? “Siapa pun pelaku, semoga segalanya terungkai dan terjawab,” tulis warganet.
Untuk rekod, kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemukan pergi menghadap illahi di sebatang anak sungai pada malam 6 Disember, sehari selepas dia dilaporkan hilang di kawasan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai. Laporan bdh siasat yang dikeluarkan pada 7 Disember mengesahkan kanak-kanak itu pergi dibnh kerana terdapat kesan kecederaan pada leher serta badannya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.