Biasanya sebaik bangun dari tidur badan akan terasa lenguh dan penat. Salah satu cara untuk mengembalikan kesegaran tubuh anda adalah dengan melakukan senaman pagi! Senaman pagi bermanfaat untuk menjaga metabolisme tubuh agar terhindar daripada pelbagai penyakit serta menjaga kesegaran jasmani dan rohani.
Senaman pagi sebaiknya dilakukan pada setiap pagi.Jenis senaman pagi ada bermacam-macam jenis,misalnya senaman ringan seperti berjalan kaki dan berjogging. Manakala senaman berat pula seperti berlari dengan cepat, lari jarak jauh, angkat besi dan sebagainya.
Bersenam secara rutin juga dapat membuat tubuh menjadi lebih lentur dan menghilangkan rasa lenguh serta tegang pada otot. Oleh sebab itulah, bersenam merupakan perkara wajib yang perlu dilakukan secara rutin dan teratur sehingga tubuh anda selalu fit dan tidak mudah jatuh sakit.Bagi anda yang super sibuk pada setiap hari dan tidak punya banyak waktu untuk bersenam, anda boleh melakukan senaman pagi yang sederhana ini.
Berikut senaman pagi yang mudah dan senang untuk anda praktikkan.
Jenis senaman pagi seperti berjalan kaki sangat baik untuk kesihatan anda. Malahan senaman pagi jenis ini juga boleh membantu menjaga kesihatan jantung dan mencegah osteoporosis atau pereputan tulang. Anda boleh meluangkan masa lebih kurang sekitar 30 minit untuk melakukan senaman pagi seperti berlari sebelum pergi kerja.
Sangat mudah dan menyihatkan. Selain itu, senaman pagi jenis berlari ini boleh membakar kalori dan menguatkan otot kaki serta menjaga kesihatan sendi sehingga anda akan terhindar dari penyakit urat lenguh-lenguh. Senaman pagi seterusnya adalah dengan melakukan push up dan sit up secara rutin pada setiap hari.
Lakukan senaman ini secara rutin setiap hari pada waktu pagi dan malam hari sebelum tidur. Tubuh anda akan segar dan membentuk otot-otot pada tubuh anda. Ia sangat bermanfaat bagi wanita untuk menegangkan payudara dan mengecilkan perut. Senaman pagi jenis ini sangat mudah dan cukup menyenangkan.
Senaman jenis ini sangatlah mudah dan menyenangkan jika diiringi dengan muzik. Senam aerobik bukan sahaja boleh menjaga kesihatan jantung dan stamina tubuh. Malahan boleh membantu anda dalam melangsingkan tubuh dan membuat awet muda.
Antara Kebaikan Jika Anda Rajin Melakukan Senaman Pagi
Meningkatkan Kecergasan Otak. Menguatkan Sistem Ketahanan Tubuh. Meredakan Sakit Kepala. Mencegah Penyakit Alzheimer. Terhindar Daripada Stress. Meningkatkan Daya Kosentrasi. Membantu Membentuk Tubuh Ideal. Menyihatkan Jantung. Memperlambatkan Proses Penuaan Semulajadi.
Kulit Muka Nampak Flawless Menggunakan Kiub Ais. Lihat Perkongsian Tips Sihat Guna Kiub Ais.
Girls yang ada masalah kulit muka mesti selalu stress kan nak maintain jaga. Kadang-kadang bukan dalam kalangan girls je, masalah acne semua tu boys pun ada juga. So, ada tips yang dikongsi menerusi Tweet dari ShuhadahAzman dengan menggunakan ais je. 5 benefits of ice cubes for skin. 1)It increases the absorption of other products 2) Calms inflammation 3) Eliminates dark circles 4)instant glow for skin 5)Flawless makeup. Adah nak share sekali ice cube recipe that good for your skin.
Kelebihan kiub ais untuk kulit muka
Melalui tweet dari hakak silau ini, terdapat lima kelebihan menggunakan kiub ais untuk kulit muka kita. Ia dapat meningkatkan penyerapan produk lain, mengurangkan keradangan, menghapus dark circles, kulit cepat glowing dan menjadikan makeup nampak flawless.
‘Resepi’ dari kiub ais yang bagus untuk kulit muka
Melalui thread Twitter ini juga telah dikongsikan tiga ‘resepi’ yang boleh dicuba untuk merawat kulit muka menggunakan kiub ais.
“Green tea puffy eye cubes” Green Tea atau teh hijau sangat bagus untuk bahagian mata untuk tampak lebih segar. Gunakan strong green tea, tuangkan ke dalam bekas kiub ais dan bekukan. Gabungan caffeine dan ais dapat mengurangkan bengkak dan cecair berlebihan di sekeliling bahagian mata.
“Ice water” Tips paling mudah dan semua orang boleh buat, cuci je muka guna air biasa dalam bekas ais! Menurut laman Healthline, rawatan kulit muka menggunakan ais dapat mengurangkan keradangan dan mengecilkan liang pori pada kulit muka supaya nampak tidak berminyak.
“Cucumber ice cubes” Pasti kebanyakan sudah tahu bahawa timun sering digunakan dalam bahan untuk skincare kerana ia secara semula jadi dapat menyejukkan dan menenangkan iritasi kulit muka selain membersihkan dan melembabkan kulit supaya nampak lebih berseri-seri. Blend je timun tu dengan air sikit dan bekukan dalam bekas kiub ais. Lepastu, boleh lah tuamkan ke muka.
Apapun tips dan resepi yang dikongsikan, penting untuk kita tahu jenis kulit muka dan bahan yang boleh dan tidak boleh digunakan untuk kulit kita. Hal ini disebabkan oleh jenis kulit muka setiap orang adalah berbeza. Hakak silau ini juga ingatkan, kalau uols ada kulit muka yang sensitif dengan bahan-bahan dia share tu, just try guna ice water je. Selamat mencuba.
Rupanya Kulit Pisang Mampu Cantikkan Kulit. Ini Antara Rahsianya Yang Patut Kita Ketahui
Tahukah anda, selain mengandungi kandungan vitamin yang diperlukan untuk tubuh, buah ini mempunyai zat yang sangat tinggi dan kandungan gizi yang baik jika dibandingkan dengan epal atau buah-buahan yang lain. Ia juga diperkaya dengan mineral seperti magnesium, kalium, zat besi, kalsium dan fosforus. Tambahan lagi, pisang mengandungi vitamin C, B kompleks, B6 dan serotonin yang bertindak aktif sebagai neurotransmitter untuk melancarkan fungsi otak.
Apa yang menarik ialah menggunakan pisang dalam rutin kecantikan anda bukan saja dapat memberi keberkesanan yang ketara. Hakikatnya ia tidak mahal dan rejimnya mudah dilakukan di dalam keselesaan rumah anda. Ini dia 8 manfaat kulit pisang untuk kulit dan tubuh anda:
1. JERAWAT DEGIL. Menurut satu kajian, kulit pisang mengandungi pelbagai khasiat dan nutrisinya dapat menenangkan kulit yang meradang selain mengurangkan jerawat yang tidak menentu. Tidak sukar untuk merawat kulit menggunakan kulit pisang. Caranya dengan menggosok kulit pisang pada kulit wajah. Lakukan perlahan-lahan dengan cara yang lembut. Selepas digosok rata, biarkan selama 10-15 minit sebelum bilas dengan air. Untuk lebih berkesan, lakukan cara ini dua kali sehari dan lihat perubahannya.
2. HILANGKAN KEDUTAN. Seperti merawat jerawat degil, untuk pudarkan kedutan pada wajah, anda perlu gosok kulit pisang pada kulit dan biarkan semalaman. Jika tidak selesa dan rasa lekit, anda boleh biarkannya anggaran 30–45 minit. Kemudian cuci bersih dan ulangi cara ini sekurang-kurangnya 2–3 kali seminggu untuk dapatkan kesan optimum.
3. KULIT CERAH & HALUS. Tampil cantik berkulit lembut dan sihat menjadi dambaan setiap individu, terutama wanita. Kandungan zat dalam pisang seperti vitamin B6, B, C, magnesium, kalsium, fosforus dan zat besi terbukti dapat meningkatkan lagi kecantikan kulit wajah anda. Gunakan pisang sebagai bahan utama untuk membuat masker.
Tak perlu belanja tinggi, dengan melakukan rutin ini dengan kerap, kulit anda akan tampil cerah, bersih dan putih. Bukan saja dapat mencerahkan kulit, tapi ia juga dapat membantu melembutkan kulit kasar dan kering. Tidak sukar untuk membuat masker pisang, anda hanya perlu lenyek pisang sehingga halus dan campurkan satu sudu kecil madu, gaul rata. Selepas itu sapukan pada muka. Jika anda lakukan rutin ini secara kerap setiap minggu, hasilnya kulit akan lebih halus dan lembut!
4. TANGGALKAN SEL KULIT MTI. Kulit kotor dan berminyak antaranya berpunca dari sel-sel kulit mati yang terjerat pada pori. Atasinya dengan buah pisang yang dapat membantu menghilangkan kulit mati. Ambil pisang dan hancurkan sehingga lumat dan halus. Kemudian oleskan pada wajah dan biarkan seketika hingga ia kering. Lepas itu, bilas bersih dengan air.
5. MEMUTIHKAN GIGI. Dengan menggunakan kulit pisang bahagian dalam, gosok pada gigi dengan gerakan memutar. Hasilnya senyuman akan tampil lebih menawan dengan gigi yang putih. Manfaat kulit pisang untuk memutihkan gigi dapat dilihat apabila anda mempraktikan rutin ini secara kerap untuk dua minggu atau lebih. Mudah dan hasilnya pasti memuaskan!
6. KULIT GATAL & RUAM. Ambil kulit pisang dan gosokkan pada bahagian kulit yang gatal atau merah. Hasilnya, kulit akan kembali halus dan mampu mengurang dan menghilangkan rasa gatal.
7. REDAKAN SAKIT KEPALA. Percaya atau tidak, kulit pisang boleh merawat sakit kepala. Bagaimana caranya? Mudah saja. Kisar kulit pisang dan kemudian tempelkan pada dahi atau kepala anda dengan kain. Biarkan antara 20–30 minit, atau sehingga sakit kepala anda reda dan hilang.
8. UBATI LUKA. Jika terdapat kecederaan luka pada kulit, ambil kulit pisang pada bahagian dalam dan gosokkan berulang kali. Pastikan anda menggunakan kulit pisang yang masih segar. Semua petua kecantikan dan rawatan ini jelas mudah untuk dilakukan. Yang paling penting, ia juga murah. Selamat mencuba!