Umum sedia maklum, pelakon popular, Nora Danish sudah kembali ‘solo’ selepas disahkan berpisah dengan bekas suaminya, Nedim Sujak pada 19 Jun lalu. Susulan itu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh aktres yang berusia 42 tahun itu di laman TikToknya, kelihatan ramai jejaka mencuba nasib di ruangan komen untuk berkenalan dengan pelakon tersebut telah berjaya tarik perhatian warganet.
Dalam perkongsian tersebut, ramai lelaki daripada pelbagai peringkat usia memperkenalkan diri mereka sambil mendedahkan bakat yang dimiliki demi mendambat hati Nora Danish. Secara tidak langsung, gurauan warganet tersebut telah membuatkan ramai terhibur. Sejak kebelakangan, kecoh di media sosial apabila aktres Nora Danish dan Nedim disahkan berpisah talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.
Bukan itu sahaja, Nora turut menyangkal dakwaan punca perpisahan dengan bekas suaminya mempunyai kaitan dengan masalah kewangan. Sekadar info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, 6 tahun.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.