Tindakan Ustazah Asma dipertikai susulan mempromosikan wangian dan dipercayai menjadi duta untuk produk tersebut. Hal berkenaan menjadi perdebatan selepas tularnya tangkapan layar di platform X mengatakan yang pendakwah tersebut pernah memberitahu bahawa haram bagi seorang wanita memakai minyak wangi.
Dalam ciapan yang dibuat akan X Syed Akrami, dia telah berkongsi tangkapan layar ceramah yang dibuat oleh Ustazah Asma’ Harun berkenaan wanita haram memakai minyak wangi kira-kira empat tahun dahulu. Namun, berbeza pula kini apabila beliau mempromosikan wangian yang dikatakan mempunyai banyak manfaat menerusi satu video yang dikongsi semula oleh satu akaun di platform sama. Klik sini untuk lihat video.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai komen di ruangan X pengguna tersebut. Walaupun ada yang mengkritik tindakan pendakwah berkenaan, namun ramai juga kurang bersetuju dengan pengguna X yang menyuarakan isu terbabit kerana merasakan wangian yang dipromosikan bukanlah minyak wangi.
Apa-apa pun diharap ada penjelasan daripada pihak Ustazah Asma’ sendiri agar tiada kekeliruan daripada mana-mana pihak memandangkan isu tersebut kembali dibangkitkan. Boleh jadi wangian yang dipromosikan oleh pendakwah berkenaan bukanlah minyak wangi yang boleh menarik perhatian lelaki ajnabi kerana sebelum ini beliau sendiri menyatakan haram untuk seorang wanita memakainya.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.