Suspek berang Nur Farah Kartini ugut mahu mendedahkan hubungan sulit kepada isteri menjadi punca wanita berusia 25 tahun itu dibnh kekasih, menurut sumber. Memetik laporan Harian Metro, sumber berkata, konflik percintaan mereka berlarutan selepas mangsa mendesak suspek untuk berkahwin dengannya. “Mangsa dipercayai mengugut suspek akan membocorkan hubungan antara mereka kepada isteri suspek,” kata sumber.
Sumber berkata, suspek yang telah berkahwin berang apabila mangsa memberi ugutan mahu memberitahu isterinya mengenai hubungan mereka. “Mangsa kemudian dicekik sebelum dilemaskan di parit berhampiran mayat ditemui,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek yang juga penjawat awam adalah teman lelaki kepada mangsa.
“Berpandukan siasatan terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam. Bagaimanapun, motif pembnhan masih dalam siasatan,” katanya. Beliau turut menyatakan bahawa anggota polis lelaki yang berusia 26 tahun itu difahamkan bertugas di Perak.
Semalam, mayat Nur Farah yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di ladang kelapa sawit di Hulu Selangor. Myt wanita berusia 25 tahun itu ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibnh individu yang dikenalinya. Hasil pemeriksaan awal mengesahkan mayat berkenaan adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
PERHATIAN: Pihak Oh My Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Oh My Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.