Kongsikan pengalaman kena reman dengan SPRM, sekali ini teguran dari Rita Rudaini pada Aliff Teega dan isteri

Pelakon Rita Rudaini menegur tindakan pasangan pempengaruh iaitu Alif Teega dan Aisyah Hijanah yang berkongsi mengenai pengalaman mereka ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru-baru ini. Menerusi hantaran di Instagram Story, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar, 48, berpendapat perkata itu tidak patut dikongsikan kepada umum.

“Macam mana ya nak cakap, jangan jadikan benda tu normal kena gari. Kalau saya dulu shooting kena gari dan kena masuk bilik akhir hukum gantung, saya boleh cakap ia adalah ‘satu pengalaman’ untuk saya rasa. Tak payahlah ulas, nanti ada yang tak boleh berpikir dan anggap benda kena gari‚ kena tangkap ni seronok nak cuba sebagai ‘pengalaman’.” Sementara itu, menerusi satu lagi siri hantaran pada entri sama, Rita khuatir berkemungkinan timbul kes genarasi muda yang mencuri duit masjid hanya sekadar mahu merasai pengalaman digari.

“Jangan pula Iepas ni dengar, ada adik-adik saja-saja pergi curi duit masjid sebab nak rasa kena gari, pengalaman katanya. Pungah! Hati-hati bila berkata-kata, tak semua orang pandai hadam.” Terdahulu, Alif dan isterinya, Aisyah berkongsi mengenai pengalaman mereka berada dalam tahanan reman SPRM menerusi siaran langsung (live) di TikTok baru-baru ini. Sebelum ini, media melaporkan SPRM menahan empat suspek termasuk pasangan berkenaan kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.

Bagaimanapun, kesemua suspek yang ditahan reman dibebaskan 16 Julai lalu selepas tempoh tahanan reman berakhir. Menurut sumber, empat suspek itu diperintahkan untuk membayar wang jaminan RM100,000 setiap seorang yang mana RM20,000 perlu dibayar secara tunai manakala bakinya tanpa cagaran, masing-masing dengan seorang penjamin.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.