Penyanyi hebat, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan satu berita gembira menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok Yayasan Nurjiwa. Menerusi hantaran tersebut, pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin memaklumkan dirinya mahu menawarkan tajaan kepada 20 pasangan yang layak untuk mencuba kaedah persenyawaan in-vitro (IVF). Klik sini untuk lihat video.
“Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah saya ingin berkongsi satu berita gembira kepada pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga dan ingin mendapatkan cahaya mata.” Tambah Siti, setiap pasangan hanya perlu mengisi maklumat mereka menerusi platform yang disediakan Yayasan Nurjiwa sebelum melalui tapisan awal untuk dipilih menjadi 20 pasangan yang terakhir.
“Anda boleh memohon Program IVF Nurjiwa dan hanya perlu memenuhi kriteria yang diperlukan. Isikan maklumat anda di borang yang telah disediakan. Selamat mencuba dan semoga impian anda menjadi kenyataan, insya-Allah.” Sekadar info, Yayasan Nurjiwa merupakan satu pertubuhan amal yang ditubuhkan Siti bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Yasayan Nurjiwa ini telah membantu ramai golongan yang memerlukan serta turut terlibat dalam aktivit bantuan kepada lebih 10,000 rakyat Palestin setiap hari dengan menyalurkan bantuan perubatan dan makanan.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.