Adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin iaitu Zahin Mateen, 5, kini masih lagi dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor. Peguam yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan, Fahmi Abd Moin berkata, ibu bapanya hanya berpeluang bertemu anak kedua mereka itu pada Hari Raya Aidiladha lalu sejak kanak-kanak itu di bawah jagaan JKM selama dua bulan.
“Buat masa ini kalau nak berjumpa mereka, ibu bapanya (Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abd Manaf) perlu membuat temu janji. Mereka ada berjumpa sebelum ini secara fizikal semasa hari raya haji lepas dan ada juga membuat panggilan video pada minggu lalu.” Tambah Fahmi ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini menjelaskan bahawa, keadaan Zahin Mateen baik sahaja namun dia merindukan kedua-dua ibu bapanya.
Katanya, buat masa ini Zahin masih dijaga JKM dua bulan dari tarikh diserahkan tempoh hari sehingga mendapat perintah penjagaan sepenuhnya sebelum diserahkan kepada keluarga terdekat.
“Sudah tentu dia (Zahin) rindukan ibu bapa dan kedua-dua mereka (ibu bapa) lagi rindukan anak.” Pada 15 Jun lalu, JKM dalam proses mengenal pasti orang yang layak dan sesuai untuk menjadi penjaga mutlak buat Zahin Mateen. Menteri Kebajikan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, buat masa kini, mahkamah telah memberikan perintah penjagaan sementara terhadap adik Zayn Rayyan selama dua bulan sehingga 9 Ogos depan kepada JKM.
Sebelum ini, Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim dilaporkan berkata, kanak-kanak itu kini di bawah jagaan sementara pihaknya selepas mendapat perintah dari Mahkamah Majistret Shah Alam dan perkara ini sudah dimaklumkan kepada ibu dan bapanya, Ismanira serta Zaim Ikhwan. 13 Jun lalu, ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan dan Ismanira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.