Muaz Zabir muat naik video dengan perempuan dalam kereta, sekali ramai yang buat andaian bahawa perempuan tu Bella Astillah

PERKONGSIANĀ video dimuat naik pelakon Muaz Zabir di aplikasi TikTok menarik perhatian ramai apabila warganet membuat andaian bahawa wanita yang ada bersamanya dalam kereta itu adalah aktres Bella Astillah. Menerusi perkongsian tersebut, Muaz atau Muaz Mohamad Zabir, 27, merakamkan trend video bersama seorang wanita dengan menggunakan lagu Steal My Girl nyanyian One Direction. Namun apa yang menarik perhatian warganet ialah wanita yang turut berada dalam kenderaan berkenaan. Klik sini untuk lihat video.

Meskipun tidak menunjukkan wajah dan hanya menggerakkan tangan ke arah aktor itu, namun ramai seakan-akan dapat meneka individu berkenaan. Lebih membuatkan peminat berteka-teki apabila Muaz menulis kapsyen pendek ‘Siapa?’ seolah-olah memberi ruang kepada warganet untuk meneka gerangan wanita tersebut. Rata-rata warganet mendakwa wanita itu adalah Bella kerana melihat pada warna kuku dan cincin yang disarung di jari manisnya.

“Bella Astillah sebab Bella baru photoshoot, kuku dia warna pink. “Cincin sama dekat video Kitsui (iklan). “Kalau tengok TikTok Bella, video dia ada pakai cincin macam ni,” tulis warganet. Pada Mac lalu, tersebar beberapa foto mesra di antara Muaz dan Bella yang didakwa turut berlaku crng. Bella yang tidak menafikan perkara tersebut bagaimanapun menjelaskan hubungan mereka sekadar ingin membuat suaminya pelakon Aliff Aziz cemburu. Untuk rekod, Bella dan Aliff berpisah talak satu pada 13 Jun lalu di Mahkamah Rendah Wilayah Persekutuan.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.