Dalam diam bercinta dgan 2 orang sekaligus, wanita ni bongkarkan Andika Putera ada ajak kahwin lepas 4 bulan kenal

Belum reda kisah rumah tangga Andika Putera dan bekas isteri, Ananda Natasha kini timbul pula satu lagi pendedahan mengejutkan membabitkan personaliti media sosial itu. Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang wanita yang dikenali sebagai Nana mendakwa Andika pernah menghubunginya menerusi WhatsApp untuk berkenalan sekitar May 2024. Selepas mengenali hati budi masing-masing, Andika membuat keputusan untuk bertemu dengan keluarga Nana.

“Katanya nak masuk meminang pada hujung bulan 6. Kalau boleh nak kahwin terus bulan 9 dan 10 sebab tak nak tunang lama-lama. Risau ujian semasa bertunang tu besar dan berat.” Namun, Nana tidak bersetuju dengan cadangan tersebut memandangkan adiknya baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada May. Selain itu, Nana akui tidak sempat untuk mengumpul wang tetapi Andika memberitahu bahawa dia akan menanggung kos perkahwinan tersebut dengan anggaran bajet RM150,000.

“Jujur pada mulanya, papa memang tak setuju hubungan Nana dengan dia atas sebab tertentu. Tapi selepas dah pujuk dan atas doa ramai, papa pun terbuka hati untuk terima. Bila papa dah setuju, papa suruh buat keputusan untuk pilih tarikh merisik dan bertunang. Nana beritahu Andika, sekali dia plot twist cakap ‘jap tengah keliru, tak tahu nak pilih sama ada Nana atau Doktor (tunang sekarang)’.

Dia kata dua-dua ada kelebihan masing-masing dan dia cakap yang doktor tu sanggup bermadu kalau pilihan dia adalah Nana. Ternyata, Andika didakwa telah menjalinkan hubungan dengan dua wanita dalam satu masa. Disebabkan itu, Nana akhirnya membuat keputusan untuk menamatkan hubungan mereka. “Saya bukan punca perpisahan Andika dan Natasha ya, saya hanya mangsa keadaan. Saya bukan nak menjatuhkan sesiapa cuma tak nak perempuan lain pun terpedaya dengan kata-kata lelaki seperti ini. Klik sini untuk lihat video.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.