Nama pelakon Eyka Farhana sekali lagi menjadi bualan hangat ramai apabila dia tampil berpakaian mencolok mata walaupun baru pulang mengerjakan umrah, baru-baru ini. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi di laman Instagramnya, dia telah diundang untuk menghadiri sebuah majlis produk kecantikan di Korea Selatan. Bagaimanapun, pakaian yang digayakan Eyka itu agak keterlaluan dan kelihatan begitu mencolok mata sehingga menampakkan baju dalamnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen luah rasa kecewa setelah melihat penampilan mencolok mata aktres yang berusia 29 tahun itu yang didakwa tidak berusaha untuk berubah ke arah kebaikan selepas mengerjakan ibadah umrah. Pun begitu, ada segelintir individu bertindak mendoakan agar Eyka diberi hidayah untuk menutup aurat dan menjadi muslimah lebih baik pada masa akan datang.
Terdahulu, Eyka Farhana sebelum ini pernah terlibat dengan pelbagai kontroversi berkaitan dengan imejnya yang mencolok mata. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.