PENYANYIÂ Datuk Nora Ariffin enggan memanjangkan lagi kisah perpisahan bersama bekas suami iaitu Dr Rushdi Ramli yang sedang hangat diperkatakan. Menurut Nora atau Wan Norafizah Ariffin, 52, perkongsian video lafaz cerai suaminya tempoh hari sekadar untuk berkongsi status diri yang kembali solo agar tidak timbul sebarang salah faham. “Saya memohon maaf kerana tidak memberi apa-apa respon pada isu ini. Saya tidak mahu memanjangkan isu ini.
Cukuplah orang tahu status perkahwinan saya sekarang supaya tidak mendatangkan fitnah,” katanya. Nora berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Rabu. Dalam pada itu, Nora memberitahu hubungan bersama Rushdi sebelum ini tiada sebarang masalah sehingga membawa kepada perpisahan. Dia bagaimanapun percaya perpisahan tersebut merupakan jalan terbaik untuk mereka dan reda dengan keputusan tersebut.
“Sebagai manusia saya juga tidak dapat lari dari berbuat kesilapan dan kesalahan. Sebelum ini hubungan kami baik-baik saja. Alhamdulillah, saya berlapang dada di atas apa yang berlaku dan berserah dengan apa saja ketentuan Allah SWT. Mungkin ini yang terbaik. Jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan memberi kata-kata semangat. Doa yang baik-baik juga untuk kalian semua,” ujarnya.
Pada 12 Ogos lalu, Dr Rushdi melepaskan Nora dengan talak satu menerusi sebuah video berdurasi 52 saat. Malah selepas video berkenaan dikecam ramai, Nora sempat membela bekas suaminya dan memaklumkan perpisahan itu bukanlah atas kehendak suaminya, sebaliknya mengikut arahan seseorang. Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan pergi menghadap illahi pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung
Selepas itu, Nora mengumumkan sudah kembali bergelar isteri kepada Rushdi dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021. Penyanyi tersebut enggan menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan perkahwinannya dan hanya memaklumkan Rushdi merupakan sahabat baik kepada Johan.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.