Penyanyi, Aufahanie mendedahkan dia dan ahli keluarga mula sedar tentang kehilangan abangnya, Nidza Afham selepas dimaklumkan oleh kekasih kepada arwah abangnya itu. Ketika ditemui, pemilik nama Nur Aufahanie Mokhtar ini berkata, kekasih arwah abangnya itu merupakan individu terakhir yang berkomunikasi dan individu pertama mengetahui mengenai kehilangan Nidza. Tambah Aufahanie, dia dan ahli keluarga pasti tidak sedar akan kehilangan Nidza tanpa bantuan kekasih arwah abangnya itu.
“Dia adalah orang terakhir yang berhubung dengan arwah dia adalah orang yang pertama tahu arwah hilang. Kalau bukan sebab dia (kekasih) mungkin kami tak sedar pun arwah hilang. Waktu kami sedar tu pun dalam jam 1.30 pagi, umi saya pun dah tidur. Kalau sampai ke sudah kami bangun pagi, tak perasan dia tak ada dalam bilik, memang kami tak sedar dengan kehilangan arwah
Dengan bantuan GF arwah yang ada lokasi terakhir dia, kami dapat bertindak dengan pantas dan pergi ke kawasan sekitar Jabatan Sungai Klang untuk mencari arwah ketika hilang.” Aufahanie berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di perkarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Shah Alam pada pagi Khamis. Ketika ditanya mengenai keadaan terkini kekasih kepada arwah Nidza, Aufahanie memaklumkan bahawa wanita berkenaan terkejut dengan kejadian yang berlaku.
“Kekasih arwah juga sama seperti kami ketika ini, dia sangat sedih dengan berita ini dan dia memang tak jangka langsung nak jadi macam ini. Ketika ini dia sangat emosi dan hanya duduk berdua dengan umi saya. Kami ahli keluarga memang biarkan mereka berdua sendirian ketika ini.” Terdahulu, Aufahanie memaklumkan abangnya dilaporkan hilang sejak malam Selasa selepas keluar melakukan aktiviti joging di Stadium Klang.
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Aufahanie turut berkongsi tangkap layar kronologi kehilangan abangnya yang hanya membalas mesej keluarga pada kali terakhir pukul 9.04 malam sebelum hilang. Sehinggalah sekitar jam 7 malam Rabu, pihak bomba melaporkan telah menemui mayat seorang lelaki di sekitar jambatan Sungai Klang Pihak polis kemudiannya mengesahkan myt lelaki berkenaan adalah Nidza Afham.
Kini, mayat Nidza sedang menjalani proses bdh siasat dan jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Bukit Cerakah selepas waktu Zohor. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.