PENYANYIÂ Aufahanie meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir warganet membuat spekulasi tidak benar mengenai punca pemergian abangnya iaitu Nidza Afham. Menurut Aufa atau Aufahanie Mokhtar, 21, ada individu menabur fitnah kononnya arwah sedang berdepan masalah perhubungan sehingga mengaitkan perkara itu menjadi punca pemergian. “Kami (keluarga) saksi bahawasanya mereka dalam keadaan yang baik, sedang bahagia bersama-sama. Siapakan kamu untuk menyebarkan ketidakpastian tentang cara pemergian abang saya, sedangkan kami sekeluarga masih menunggu keputusan yang pending dari pihak hospital.
“Siapakah kamu untuk membuat kenyataan tentang hubungan mereka yang sedang bermasalah. Siapakah kamu? Teman wanita abang saya sangat baik. Kalau bukan sebab dia, malam kejadian abang saya hilang kami takkan tahu yang dia sudah hilang dan tak tahu ke mana nak cari dia. Allah temukan abang dan dia bersebab, sebagai pertolongan kepada kami dan juga arwah abang saya,” katanya.
Aufahanie meluahkan perkara itu menerusi ciapan di akaun aplikasi X miliknya pada pagi Jumaat. Sebelum itu, seorang pengguna media sosial mendakwa Nidza mengambil nyawanya sendiri kerana mempunyai masalah dengan teman wanitanya. Sementara itu, Aufahanie berkata dia dan keluarga tidak reda dengan perbuatan individu berkenaan dan meminta untuk menghentikan sebarang spekulasi tidak benar mengenai arwah.
“Berhenti sebar spekulasi dan fitnah terhadap arwah abang saya. Kami sekeluarga tidak reda dan tidak maafkan kenyataan yang dibuat oleh anda,” jelasnya. Pada Rabu lalu, Aufa berkongsi berita kehilangan Nidza yang memohon orang ramai mengesan atau memberi sebarang maklumat dalam usaha menjejakinya. Bagaimanapun tidak sampai 24 jam pencarian, mayat Nidza ditemukan sekitar pukul 7 petang kira-kira satu kilometer dari lokasi lelaki itu dilaporkan hilang iaitu di jambatan Sungai Klang.
Penemuan itu turut disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan selain pengecaman myt dibuat oleh ahli keluarga berdasarkan wajah dan baju jersi dipakai. Selepas bdh siasat dilakukan, Hussein memaklumkan pemergian Allahyarham diklasifikasikan sebagai mti mengejut (SDR). Sumber: Mstar.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.