Tak teragak agak untuk ambil tindakan, Ibu Aliff Aziz bengang bila ada yang tuduh dia nak tuntut seorang cucu

IBU kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza meluahkan rasa bengang terhadap seorang warganet kerana menabur fitnah terhadap dirinya. Menurut Hafiza, dia dan keluarga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang disebabkan tohmahan berkenaan. “Untuk si dia yang muat naik fitnah dajjal ke atas saya, sila turunkan hantaran berkenaan.

“Jika tidak saya dan keluarga akan ambil tindakan undang-undang terhadap anda,” katanya menerusi satu hantaran di Instastory pada pagi Jumaat. Sebelum itu, seorang individu memuat naik hantaran di aplikasi TikTok menuduh Hafiza mengeluarkan kenyataan bekas menantunya iaitu penyanyi Bella Astillah perlu menyerahkan salah seorang anak kepada Aliff supaya adil bagi kedua belah pihak. Dalam pada itu, Hafiza memberitahu dia bersedia untuk bertentang dua mata dengan pemfitnah tersebut untuk menyelesaikan isu berkenaan.

“Jika dia ingin berbicara dengan saya silakan, kerana saya ingin tahu dari mana dia mendapat info fitnah ini,” ujarnya. Pada Julai lalu, Hafiza dan Aliff, 33, ada memuat naik beberapa hantaran di media sosial berkongsi luahan rindu mereka terhadap Ayden dan Ara. Untuk rekod, Bella dan Aliff berpisah talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Selepas melafazkan talak, Aliff bersetuju memberikan hak penjagaan penuh dua anaknya iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 tahun kepada Bella. Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.