Baru baru ni tular pemain bola tunjuk kerambit, sekali ini tindakan yang dikenakan pada individu tersebut

Tindakan seorang pemain bola sepak amatur menunjukkan kerambit semasa perlawanan bola sepak di Pusat Bola Sepak KLFA, minggu lalu, mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen menjatuhi lelaki itu hukuman pnjra 14 hari, bermula Jumaat. Peniaga nasi lemak, Muhammad Nur Iman Shafie Mohd Sulin, 22, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan yang dibaca di hadapan Hakim, Norina Zainol Abidin.

Lelaki yang memakai baju T berwarna hitam itu didakwa menunjukkan barang berbahaya iaitu kerambit dengan gopoh, hingga membahayakan keselamatan diri orang lain, di pusat bola sepak di Desa Melawati pada 12:45 tengah malam, 4 Ogos lalu. Kesalahan dibuat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman pnjra sehingga tiga bulan atau denda sehingga RM500 atau kedua- duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, peguam, Muhammad Syawal Mohd Razak merayu anak guamnya diberi hukuman yang wajar serta adil kerana anak keempat daripada tujuh beradik itu tidak mempunyai pekerjaan tetap, sebaliknya sekadar membantu ibu bapa menjual nasi lemak secara kecil-kecilan. “Dia juga mengaku insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama di masa depan,” katanya. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuan Abdul Latif mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran supaya tidak melakukan kesalahan serupa.

Kes ini mendapat liputan yang meluas, maka hukuman setimpal patut dikenaka bagi memberi mesej jelas kepada masyarakat,” katanya, yang turut hadir bersama seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya, Joshua Tee. Pada minggu lalu, pihak polis menahan seorang lelaki, disyaki mengacukan barang tajam iaitu kerambit dalam pergdhn semasa perlawanan bola sepak yang mana gambar kejadian itu kemudiannya tular di media sosial.

Dalam prosiding sama, dia mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pindaan, bersama empat lagi individu yang telah ditdh, melakukan khianat dengan api di kelab hiburan. Kesalahan didakwa dilakukan dengan membaling empat botol yang telah dinyalakan dengan api ke arah hadapan kelab tersebut sehingga menyebabkan kerosakan pada bahagian hadapan premis, di Jalan Yap Kwan Seng, di sini pada jam 2.17 pagi, 9 Mei lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjr 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. Semasa prosiding, Nidzuan mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 namun tertuduh yang diwakili peguam, Haziq Aizuddin Subhi merayu kadar itu dikurangkan kerana anak guamnya perlu membantu ibu bapa.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Norina membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 25 September depan. Sumber: Gempak.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.