MELIHAT isu membabitkan Sepah masih belum selesai, pelawak senior Saiful Apek tampil memberi pandangannya berhubung kontroversi kumpulan itu. Mengulas perkara itu, Saiful atau Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 55, meminta mereka menyelesaikan kemelut berkenaan secara baik dan bukannya menjadikan platform media sosial sebagai perantaraan. “Bagi saya setakat cerita perkara lepas mengenai zaman muda itu biasa dekat Podcast, sebab itu memang caranya untuk naikkan jumlah tontonan, kenapa nak ‘koyak’ pula.
Saya tak berpihak mana-mana pihak tapi dunia sekarang sudah berubah, mereka ni public figure jadi nak gdh tu tengok-tengok la orang lama, kumpulan Senario tak pernah bergdh di media sosial sebab semuanya kami selesaikan diluar,” kata Saiful. Dalam pada itu, selaku pelawak senior, Saiful akui terguris dengan tindakan kumpulan Sepah itu kerana didakwa seakan-akan tidak menghormatinya selaku orang yang lebih lama berada dalam industri.
“Bila saya tengok mereka bergdh tu aduh hati saya sangat terguris sebab kenapa mereka buat macam ni, Senario pun tak pernah buat macam ni, kalau boleh belajar minta maaf dan memaafkan lagi bagus selesai cara luar,” luahnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.