Bateri telefon hanya tinggal 14 peratus, video ibu ucap terima kasih pada kekasih arwah Nidza Afham sebab kongsi lokasi terakhir arwah

Ibu kepada Nidza Afham, Irni Yusnita Istihat mengucapkan terima kasih kepada kekasih Allahyarham iaitu Hazmiera Amrisya kerana berkongsi lokasi terakhir arwah. Kata Irni, seadainya Hazmiera tidak memaklumkan tentang kehilangan Afham, dia dan ahli keluarga pasti buntu untuk menjejaki arwah. “Saya berterima kasih kepada Miera. Sebab ketika itu, bateri telefon Afham hanya tinggal 14 peratus.

Andai kata lewat, jika telefon sudah tidak dengar nada dering dan tidak dapat kesan lokasinya.” Irni berkongsi mengenai perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini. Dalam pada itu, Irni turut menyifatkan Hazmiera seorang gadis yang baik budi pekertinya. “Allah takdirkan Afham bertemu dengan Miera, seorang yang sangat baik budi pekertinya. Bayangkan kalau tidak, mungkin tidak tahu nak cari di mana lokasi terakhir Afham.” Klik sini untuk lihat video.

Pada 21 Ogos lalu, polis mengesahkan mayat yang ditemui terapung di sekitar Jambatan Sungai Klang ialah Nidza Afham yang dilaporkan hilang selepas melakukan aktiviti riadah di Stadium Sultan Sulaiman. Kes pemergian arwah diklasifikasikan sebagai mti mengejut atau ‘sudden death report’ (SDR). Sementara itu, Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan, berkata, hasil bedah siasat menunjukkan tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh badan mangsa.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.