Pempengaruh yang dikenali sebagai Abang Tesla akui sudah malas bermain media sosial disebabkan ada segelintir pihak yang bersikap batu api sehingga menyebabkan keretakan rumah tangganya. Abang Tesla atau nama sebenarnya Khal Iltizam Yusry, 29, meminta pihak yang ingin melihat rumah tangganya musnah segera bertaubat.
“Saya jadi malas nak main media sosial semenjak dua menjak ini. Kalau boleh nak duduk senyap-senyap tanpa orang kenal. Sebab dalam media sosial banyak sangat yang batu api dan jadi punca keretakan rumah tangga. Kepada yang jadi batu api punca keretakan rumah tangga itu lebih baik bertaubat.” Abang Tesla meluahkan rasa kecewanya itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, Abang Tesla akui kesal dengan pihak yang membawa mulut dan menyampaikan berita kepada isteri-isterinya. “Sebab seperti kalian sedia maklum memang saya kahwin dua, jadi tak perlu batu api penyampai kepada isteri saya bila nampak saya keluar dengan isteri satu lagi.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.