PENYANYI Datuk Nora Ariffin menegur tindakan segelintir warganet yang seronok melihat pasangan berpisah sehingga menjadikan perkara itu sebagai bahan gurauan di media sosial. Kata Nora, tindakan mereka mempersendakan pasangan memilih untuk berpisah itu adalah tidak wajar kerana setiap orang berdepan pelbagai ujian dalam perkahwinan. “Jangan kita terlalu seronok, bertepuk tangan melihat orang bercerai-berai sebab kita pun tak tahu hal sebenar,” katanya.
Nora berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada pagi Selasa. Dalam pada itu, penyanyi lagu Di Persimpangan Delima ini turut memberitahu setiap yang berlaku adalah takdir ditentukan oleh Allah SWT dan manusia tidak tahu bagaimana nasib mereka satu hari nanti. “Kita juga tidak tahu perancangan Allah dan nasib kita di kemudian hari,” ujarnya.
Pada 12 Ogos lalu, suami Nora iaitu Dr Rushdi Ramli melepaskannya dengan talak satu menerusi sebuah rakaman video berdurasi 52 saat. Malah selepas video berkenaan dikritik ramai, Nora sempat membela bekas suami dan memaklumkan perpisahan itu bukanlah atas kehendak suaminya sebaliknya mengikut arahan seseorang.
Untuk rekod, Nora dan Rushdi mendirikan rumah tangga pada 2021. Sebelum itu, Nora berkahwin dengan komposer Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Namun, Johan pergi menghadap illahi pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.