Sejak beberapa hari kebelakangan ini, ramai mula terjebak menonton lumba siput sedut atas tutup periuk sehingga ribuan viewers melihatnya tanpa berganjak. Perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Tansri_ash telah menjadi tumpuan dan memaklumkan bahawa perlumbaan tersebut berlangsung susulan Sukan Malaysia (Sukma) yang sedang berjalan ketika ini. Klik sini untuk lihat video.
Dengan bermodalkan tudung periuk dan siput sedut yang masih hidup, pengguna TikTok berkenaan berjaya mengumpul penonton sendiri bagi menyaksikan siaran langsung perlumbaan tersebut. Perlumbaan siput sedut itu persis seperti acara di Sukma apabila melibatkan beberapa nama negeri yang diwakili hidupan laut tersebut. Difahamkan, sudah lebih 40,000 pengikut yang menyaksikan perlumbaan tersebut dan 2 juta tanda suka diterima sepanjang siaran langsung yang dibuat pengguna TikTok berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas dengan berseloroh mengatakan yang masyarakat kini dahagakan hiburan yang tidak memeningkan. Ada juga yang pelik kerana siaran langsung itu ditonton ribuan orang dan ramai sudah terjebak sehingga ralit menyaksikannya tanpa sebarang tujuan.
Pengguna TikTok pasti sudah beberapa kali menyaksikan perlumbaan tersebut di media sosial masing-masing.
So, korang ‘pegang’ negeri mana?
Sumber: TikTok Tansri_Ash
PERHATIAN: Pihak Oh My Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Oh My Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.